suria

Arsenal Cantas United, Chamberlain Jadi Umpan

CHAMBERLAIN dijadikan umpan untuk dapatkan pemain tengah Chelsea.

ARSENAL memasuki 'perlumbaan' untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea yang dikhabarkan mahu dibida oleh seteru utamanya, Manchester United.

Menurut laporan media Itali, Gianluca Di Marzio, Arsene Wenger turut dilaporkan bersedia menukar penyerangnya, Alex Oxlade-Chamberlain ke Stamford Brigde bagi memastikan pemain yang diingininya, Nemanja Matic ke Emirates.

Setakat ini, United dikatakan berpotensi tinggi untuk mendapatkan Matic memandangkan hubungan baik antara pemain itu dengan bos lamanya, Jose Mourinho yang kini membimbing Red Devils.

Nemanja Matic

United sedia membayar sehingga 40 juta pound sterling untuk Matic tetapi turut berdepan saingan daripada Juventus dan Inter.

Sementara itu, Oxlade-Chamberlain hanya berbaki setahun kontrak bersama Arsenal dan dilaporkan pemain berusia 23 tahun itu tidak mahu menandatangani kontrak baharu.

Liverpool turut dilaporkan berminat mendapatkan Oxlade-Chamberlain tetapi Wenger mahu menggunakan penyerang terbabit bagi mendapatkan Matic. - Metro.uk

Manchester United, Arsenal

Artikel Sebelum

Doakan Penjaga Gol PDRM!

Artikel Berikut

Artikel Lain