suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawaran Liverpool Ditolak

HASRAT Liverpool untuk mendapatkan pemain tengah RB Leipzig, Naby Keita terbantut selepas kelab Jerman itu menolak bidaan terbaharu daripada kelab Inggeris tersebut.

Menurut akhbar Jerman, Bild, bos The Reds, Jurgen Klopp 'terdesak' untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu apabila menawarkan bidaan sebanyak 57 juta pound sterling.

Leipzig yang dihubungi Liverpool pada Rabu, mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa pemain tersebut tidak akan dijual.

Namun Liverpool tidak mahu mengalah memandangkan Klopp mahu membentuk pasukan yang lebih kuat menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Dipercayai bahawa Keita yang menyertai Leipzig pada Jun 2016. mahu menyarung jersi Liverpool dan sedia membatalkan ganjaran bonus kesetiaan seperti tertakluk pada kontraknya bersama kelab Jerman itu.

Malah ketika Liverpool dijangka meningkatkan tawaran untuk Keita, pemain itu mungkin perlu mengemukakan permohonan perpindahan bagi merealisasikan impian beraksi di liga Inggeris. - Mirror.uk

Liverpool, Naby Keita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain