suria

Doakan Penjaga Gol PDRM!

Hamdan (biru) disahkan menghidap leukimia Jun lalu.

PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan PDRM , Muhammad Hamdan Sairi menerima kunjungan PFA Malaysia pada Jumaat.

Hamdan yang disahkan menghidap penyakit Leukimia telah mejalani rawatan kimoterapi pertama pada 19 Jun lalu dan akan menjalani rawatan kimoterapi kedua yang dijadualkan pada 24 Julai ini di Hospital Ampang.

Ia sekali gus memaksa Hamdan melupakan hasratnya untuk terus beraksi dan sekurang-kurangnya memerlukan tempoh tiga tahun untuk pulih sepenuhmya.

"PFA Malaysia sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakan-rakan pemain dan kita akan cuba sedaya upaya untuk membantu saudara Hamdan.

"Semoga Hamdan kuat dalam melawan penyakit yang beliau hadapi dan pastinya kami akan setiasa memberi sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada Hamdan" jelas Presiden PFA Hairuddin Omar.

Turut hadir melawat Hamdan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif PFA Malaysia, Izham Ismail.

Pada pertemuan tersebut PFA Malaysia turut menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai dan ole-ole Aidilftiri kepada Hamdan.

"Kami mewakili seluruh warga PFA Malaysia ingin memohon ihsan semua lapisan masyarakat untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada saudara Hamdan.

"Semoga dengan bantuan yang diberikan, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan beliau."

Kepada pihak yang ingin membuat sumbangan bagi meringankan beban Hamdan, anda boleh terus menghubungi isterinya iaitu Nordiani Abdul Rahim di talian 012-2115392. 

PFA Malaysia, Hamdan, PDRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain