suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Status Pilihan Bakayoko Terjawab

Bakayoko (kanan) bersama Luiz dan Willian sebaik tiba di Stamford Bridge, Khamis malam.

STATUS Tiemoune Bakayoko akhirnya terjawab selepas disahkan bakal menyarung jersi Chelsea musim depan.

Menurut laporan MailOnline, Chelsea bersedia menandatangani pemain antarabangsa Perancis itu dengan harga 40 juta pound (RM222.4 juta) bersama nilai tambahan lain kepada Monaco.

Bakayoko dilihat bersama pemain Chelsea David Luiz dan Willian sebaik sahaja tiba di Stamford Bridge pada Khamis malam.

Chelsea dijangka akan membuat pengumuman rasmi bintang Monaco berusia 22 tahun itu dalam tempoh 24 jam ini sebaik sahaja urusan pemeriksaan kesihatan selesai pada Jumaat.

Malah Bakayoko dijangka akan bersama skuad The Blues dalam jelajah pra musim kelab ke China dan Singapura.

Sebelum ini, pemain kelab perancis itu turut dikaitkan dengan Manchester United.

Bakayoko, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Doakan Penjaga Gol PDRM!

Artikel Lain