suria

Kedah Tidak Berdendam Dengan T-Team

Para pemain bola sepak Kedah melafazkan ikrar pada majlis Ikrar Bebas Rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), semalam. Pada majlis itu seramai 41 pegawai dan pemain menandatangani ikrar bagi memastikan pasukan bebas daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa.

REKOD dibelasah 5-0 oleh T-Team tidak akan dijadikan dendam yang akan dibalas oleh Kedah ketika menerima kunjungan pasukan itu di Stadium Darul Aman, malam ini.

Sebaliknya, pemain skuad hijau kuning akan memberi perhatian dalam misi memburu tiga mata dan mendapatkan kedudukan lebih baik pada carta Liga Super.

Ketua Jurulatihnya, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, skuadnya akan memberi perhatian untuk menang ketika menentang T-Team walaupun sesetengah pihak memikirkan mengenai dendam dibelasah pada April lalu.

"Saya dan pemain tidak terfikir mengenai balas dendam dan melakukan sesuatu untuk menebus kekalahan lalu.

"Tetapi apa yang lebih penting kita mahukan kemenangan untuk mencabar dua pasukan yang sedang bersaing untuk berada di kedudukan teratas carta liga," katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam memberitahu, walaupun pemain baru sahaja berhempas untuk  memastikan Kedah muncul juara Piala FA pada Sabtu lalu namun ia bukan alasan bagi mereka tidak memberi perhatian dalam perlawanan ini.

"Saya yakin kesemua pemain memiliki satu matlamat iaitu mahu menewaskan T-Team dan memastikan tiga mata menjadi milik kita.

"Cuma terdapat perubahan akan dibuat selepas Syazwan Zainon mengalami kecederaan dan Zachary Anderson juga belum pulih.

"Tetapi, Ketiadaan mereka tidak akan mencacatkan persembahan kerana kita mempunyai pengganti yang mampu beraksi dengan baik," ujarnya.

Tambahnya, pemain turut dinasihatkan supaya tidak melakukan kesilapan yang memberi peluang kepada lawan untuk menghasilkan kerana mereka juga mempunyai kelebihan tersendiri.



Kedah, Liga Super, T-Team, Piala FA

Artikel Sebelum

Defoe Sertai Bournemouth

Artikel Berikut

Artikel Lain