suria

Allardyce Tinggalkan Palace

SAM Allardyce meletak jawatan sebagai Pengurus Crystal Palace dan memberi bayangan bahawa dia bakal bersara dengan mengatakan tiada minat untuk mengemudi kelab lain.

Selepas spekulasi mengenai masa depannya bertiup kencang sejak kebekalangan ini, Allardyce pada Selasa mengesahkan dia meninggalkan Selhurst Park.

Dalam satu kenyataan, Allardyce berkata dia tidak mengimpikan sebarang tugas baharu sambil menambah dia akan 'merindui tugas mengurus sesebuah kelab'.

"Dalam beberapa cara, ini menjadi satu keputusan yang amat sukar untuk dibuat tetapi pada orang lain ia sesuatu yang mudah.

"Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Crystal Palace dan Steve Parish kerana memberi peluang kepada saya untuk membantu kelab ini kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)," katanya.

Bekas pengurus England itu yang mengambil alih kerusi panas di Selhurst Park hanya lima bulan lalu selepas Alan Pardew dipecat dikatakan mahu diberi jaminan oleh Pengerusi Steve Parish berhubung polisi perpindahan pada masa hadapan

Namun, pengurus berusia 62 tahun itu yang membantu Palace kekal dalam liga utama selepas menang 4-0 ke atas Hull 14 Mei lalu tidak menerima sokongan yang diperlukannya.

Justeru, dia memaklumkan hasratnya kepada kelab untuk tidak meneruskan khidmatnya selaku pengurus pada Selasa.

Palace menduduki tangga ke-17 ketika Allardyce mengurus kelab itu pada 23 Disember lalu sebelum melonjak ke kedudukan ke-14, selepas memenangi tujuh daripada 13 perlawanan terakhir musim ini.

Sam Allardyce, Crsytal Palace

Artikel Lain