suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Bawa Masuk 'The Next Neymar'

Vinicius Junior

REAL Madrid mengesahkan perjanjian yang telah dipersetujui dengan kelab Brazil, Flamengo, untuk mendapatkan pemain berusia 16 tahun, Vinicius Junior dalam perjanjian yang menyaksikan klausa pelepasan €45 juta dibayar sepenuhnya.

Pemain muda berbakat ini menjadi terkenal pada Mac 2017 ketika membantu Brazil memenangi Kejohanan Amerika Selatan B-17, menjaringkan tujuh gol dan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pada Mei dia membuat penampilan pertama untuk pasukan senior Flamingo sebelum menandatangani kontrak baharu ini.

Pemain ini disebut-sebut akan menjadi 'The Next Neymar', kerana didakwa memiliki gaya permainan yang serupa dengan pemain dari Brazil, Neymar.

Kenyataan Real menyebut bahawa mereka telah bersetuju untuk memperoleh hak-haknya dari Julai 2018, apabila pemain itu berusia 18 tahun dan dia akan kekal bersama Flamengo sehingga Julai 2019.

Bagaimanapun, jika kedua-dua pihak bersetuju, dia boleh berpindah ke Real antara dua tarikh itu secara pinjaman.

Flamengo kemudian mengeluarkan maklumat yang mengesahkan klausa pelepasan penuh telah dipenuhi.

Vinicius Junior, Flamengo

Artikel Lain