suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Defoe Sertai Bournemouth

JERMAIN Defoe dilaporkan bersetuju menyertai Bournemouth secara perpindahan percuma dengan kontrak bernilai 130,000 pound sterling seminggu.

Penyerang berusia 34 tahun itu sudah bersedia untuk mengaktifkan klausa dalam kontraknya yang membolehkan dia meninggalkan Sunderland secara percuma selepas tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ia disusuli pengumuman peletakan jawatan David Moyes selaku pengurus Sunderland pada Isnin selepas kelab itu hanya memenangi enam daripada 38 perlawanan EPL musim ini.

Menurut The Mirror, Defoe akan menandatangani kontrak bernilai 6 juta pound sterling setahun.

Ketika bersama West Ham, Defoe cemerlang sepanjang tempoh pinjaman pada musim 2000-2001 dengan menjaringkan 18 gol dalam 29 penampilan.

Defoe turut pernah berhijrah ke Tottenham dari West Ham pada 2004 selain turut beraksi bersama Portsmouth dan Toronto FC sebelum menyertai Sunderland.

Jermain Defoe

Artikel Berikut

Artikel Lain