Dua Beregu Utama Negara Ke Suku Akhir All-England

Beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua beregu utama negara berjaya mengikut jejak Datuk Lee Chong Wei untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Birmingham.

Beregu lelaki Goh V Shem/Tan Wee Kiong hanya memerlukan 28 minit untuk menyingkirkan pasangan China Liu Xiaolong/Xu Chen pada perlawanan pusingan kedua yang berlangsung awal pagi ini.

Pasangan negara yang kini menduduki ranking utama dunia menang mudah ke atas gandingan China 21-12, 21-16 untuk berdepan pilihan keenam Li Junhui/Liu Yu Chen dari China.

Gandingan dari negara tembok besar sebelum itu mengetepikan pasangan Thailand Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuatpet 21-18, 21-18.

Pasangan beregu campuran utama negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula dipaksa bekerja keras sebelum menempah slot ke suku akhir kejohanan itu.

Gandingan negara yang kini menduduki ranking keenam dunia itu mengetepikan Zhang Nan/Li Yinhui dari China 9-21, 23-21, 21-17 pada perlawanan pusingan kedua yang berlarutan selama lebih satu jam.

Pasangan negara dijadual berdepan gandingan dari pusingan kelayakan Wang Yilyu/Huang Dongping dari China yang mengejutkan rakan senegara Zheng Siweng/Chen Qingchen yang juga pilihan utama kejohanan 24-22, 21-15.

Sementara itu, satu lagi beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing gagal ke suku akhir apabila tewas kepada gandingan baharu dari Korea Selatan Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na 15-21, 9-21.

Turut terkandas, beregu wanita negara Vivian Hoo/Woon Khe Wei yang dipaksa bermain rubber set sebelum tunduk kepada pasangan Korea Selatan Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan.

Vivian/Khe Wei yang mempamerkan aksi meyakinkan untuk menang set pertama 21-17, bagaimanapun gagal bertahan apabila tewas set kedua dan ketiga 12-21, 17-21 sekali gus gagal ke suku akhir.

Artikel Sebelum

Empat Pemain Tonggak Kedah Cedera

Artikel Berikut

Barca Sambung Kontrak Ivan Rakitic

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain