Xabi Alonso Umum Gantung But - Sukan | mStar

Xabi Alonso Umum Gantung But

PEMAIN dari Sepanyol, Xabi Alonso, memutuskan untuk bersara dari arena bola sepak pada akhir musim 2016/17.

Walaupun berasa berat hati membuat keputusan itu, pemain Bayern Munich ini berkata sudah tiba masa yang tepat untuk dia menggantung but.

Bersama sekeping gambar dirinya sedang melambai, pemain itu menulis di Twitter bahawa dirinya akan meninggalkan bola sepak, satu sukan indah yang pernah menjadi kehidupannya dan pernah disayanginya.

Namun pemain berusia 35 tahun ini tidak menyatakan perancangannya selepas bersara.

"Ini bukan keputusan yang tidak mudah untuk dibuat, tapi saya percaya sekarang saat yang tepat untuk bersara," kata Alonso. 

"Saya tetap ingin mengakhiri karier di peringkat tertinggi dan Bayern adalah peringkat tertinggi. Saya sangat bangga dan gembira bermain untuk FC Bayern dan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," kata bekas pemain Liverpool ini.

Alonso sudah berada dalam dunia sepak bola selama 18 tahun.

Pemain kelahiran Tolosa ini telah bermain di Liverpool dan Real Madrid sebelum bergabung bersama Bayern.

Sepanjang kariernya, Alonso berjaya meraih 12 trofi.

Alonso memulakan kariernya bersama Real Sociedad B pada tahun 1999.

Dia kemudian tersenarai ke pasukan utama pada tahun 2000.

Pernah dipinjamkan ke Eibar, Alonso akhirnya bergabung dengan Liverpool dan memenangi trofi Liga Juara-Juara pada 2005.

Peranan Alonso sebagai pemain dalam era sepak bola moden membuatkan Real Madrid berminat membawanya ke Santiago Bernabeu pada 2009.

Selama tempoh tersebut Alonso juga berjaya membantu pasukannya meraih gelaran juara Piala Dunia pada 2010.

Setelah lima tahun bersama Real Madrid, Alonso akhirnya memutuskan bergabung dengan Bayern Munich pada musim 2014 dan berjaya menyumbang dua trofi Bundesliga dan DFB-Pokal.

Xabi Alonso , bersara , gantung but

Artikel Sebelum

Barca Sambung Kontrak Ivan Rakitic

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain