suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United Disekat 1-1 Di Kandang Rostov, Mourinho Puas Hati

Manchester United mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pertama saingan Liga Europa menentang Rostoc, awal pagi Jumaat. Gol United diperolehi menerusi Henrikh Mkhitaryan. -fotoAP
MANCHESTER United mencuri gol di kandang lawan ketika turun menentang Rostov dalam perlawanan pertama 16 pasukan akhir saingan Liga Europa, awal pagi Jumaat.

Mencatatkan keputusan seri 1-1, United unggul terlebih dahulu menerusi gol Henrikh Mkhitaryan pada minit ke-35, memanfaatkan umpan  Zlatan Ibrahimovic.

Namun, pada separuh masa kedua, Alexander Bukharov berjaya meledakkan gol pada minit ke-53, memaksa kedudukan terikat 1-1.

Tidak mahu mengalah, United terus melakukan serangan bertubi-tubi untuk kembali mendahului.

Bagaimanapun, sehingga wisel penamat dibunyikan, kedudukan kekal 1-1.

Dengan keputusan ini, United hanya memerlukan keputusan 0-0 dalam perlawanan kedua di Stadium Old Trafford, Jumaat depan, untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sementara itu Jose Mourinho, berpuas hati dengan persembahan pasukannya.


Menurutnya, perkara itu adalah positif kerana tidak ada pemain yang cedera disebabkan keadaan padang di Stadium Olimp 2 yang kurang baik.

"Pemain menunjukkan persembahan memuaskan walaupun keadaan padang sangat buruk. Kami sukar untuk bermain dengan baik disebabkan padang, pemain susah untuk mengawal bola.

"Kami bermain sesuai dengan strategi dan kami membuat satu kesalahan yang memberikan gol untuk pasukan lawan.

"Kami hanya ada sedikit kelebihan untuk perlawanan kedua nanti. Bagi saya yang terpenting adalah tidak ada pemain cedera kerana keadaan padang yang tidak bagus," ungkap Mourinho.


Liga Europa, perlawanan pertama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain