suria

Nicol Mara Ke Suku Akhir Di Colombia

Gambar fail Nicol David.

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David meneruskan cabaran dengan melangkah ke suku akhir Terbuka Skuasy Wanita Ciudad de Floridablanca di Colombia pada Rabu (Khamis di Malaysia).

Pemain nombor tujuh dunia itu mengambil masa hanya 25 minit untuk menundukkan pemain pusingan kelayakan dari Mexico, Samantha Teran 11-2, 11-7 dan 11-3, menurut laman web Persatuan Skuasy Profesional (PSA) www.psaworldtour.com.

Beliau ialah satu-satunya pemain Malaysia yang berasi pada kejohanan itu. Nicol selaku pilihan kedua bakal bertemu pilihan ketujuh Joey Chan pada suku akhir lewat Jumaat selepas pemain Hong Kong itu menumpaskan pemain Kanada, Hollie Naughton 3-11, 11-6, 11-7 dan 11-8 dalam satu lagi aksi pusingan pertama.

Berdasarkan format kejohanan, pemenang pada pusingan pertama akan terus mara ke suku akhir.

Kejohanan buat julung kali itu, sebahagian daripada Jelajah Dunia PSA, menawarkan hadiah berjumlah AS$70,000 (RM312,317). - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain