suria

Layak Ke Piala Dunia Hanya Cadangan Peribadi - KJ

GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA: Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia hanyalah cadangan peribadi beliau sebagai antara aspirasi Transformasi Nasional 50 (TN50).

Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan, kebanyakan aspirasi yang dinyatakan dalam sesi dialog TN50 masih di peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan.

"Yang saya bagi contoh semalam (Rabu) adalah secara peribadi mengenai aspirasi berkenaan dengan kelayakan ke Piala Dunia.

"Itu menjadi 'headline' (tajuk berita) pada hari ini (Khamis), sehingga menimbulkan macam-macam polemik. Jadi kalau boleh jangan ambil ia sebagai aspirasi yang muktamad. Ia sekadar cadangan saya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Dialog TN50 bersama Usahawan Muda di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di sini, Khamis.

Pada Rabu, media melaporkan Khairy dipetik sebagai berkata, pasukan bola sepak Malaysia layak ke saingan Piala Dunia merupakan antara aspirasi TN50.

Khairy memberitahu perkara itu ketika sesi dialog TN50 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

TN50, yang merupakan gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

Khairy Jamaluddin, Piala Dunia, TN50

Artikel Lain