suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pijak Muka Ibra, Mings Digantung Lima Perlawanan

PEMAIN pertahanan Bournemouth, Tyrone Mings bakal menjalani hukuman penggantungan lima perlawanan gara-gara didapati bersalah memijak muka Zlatan Ibrahimovic.

"Pemain AFC Bournemouth, Tyrone Mings akan menjalani penggantungan lima perlawanan selepas keputusan dibuat pada sesi pendengaran Suruhanjaya Bebas," jelas satu kenyataan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) pada Khamis.

"Pemain pertahanan itu didakwa bersalah berkaitan dengan kekasaran pada minit ke-44 ketika bertemu Manchester United, yang mana ketika insiden tersebut, pegawai perlawanan terlepas pandang, namun kejadian telah dirakam".

Pada Rabu Ibrahimovic turut menerima tiga penggantungan kerana menyiku Mings ketika aksi yang sama yang menyaksikan 'ayam tambatan' United itu bakal terlepas tiga aksi - suku akhir Piala FA bertemu Chelsea serta perlawanan liga Middlesbrough dan West Brom.

Dalam pada itu, Bournemouth ternyata tidak gembira dengan hukuman yang dikenakan ke atas Mings.

"kami amat kecewa dengan keputusan tersebut dan akan melihat sekali lagi rakaman video insiden itu.

"Bagi kami tidak ada buktikan kukuh tindakan itu (memijak) dibuat dengan sengaja.

"Malah Tyrone telah meminta maaf sebanyak dua kali kepada Ibrahimovic ketika kejadian berlaku dan selepas wisel perlawanan dibunyikan.

"Kami penyokong pemain-pemain sendiri. Tyrone mempunyai rekod disiplin yang cemerlang dan tidak pernah diarah keluar padang sepanjang 75 aksi profesionalnya," jelas kenyataan kelab.

Tyrone Mings, Zlatan Ibrahomovic

Artikel Berikut

Artikel Lain