suria

Chelsea Bakal Tawar Kontrak Baharu Lumayan Buat Conte

CHELSEA sedia menawarkan kontrak baharu buat pengurusnya, Antonio Conte bernilai 8 juta pound (RM43.37 juta) setahun.

Jurulatih kelahiran Itali itu tampil dengan sentuhan menakjubkan pada musim pertamanya bersama The Blues apabila melepasi sasaran utama yang diharapkan.

Pada awal musim Chelsea meletakkan sasaran berada dalam kelompok empat teratas untuk bagi layak beraksi dalam Liga Juara-Juara selepas menamatkan musim lalu di tangga kesepuluh.

Kontrak terkini Conte,47, akan tamat pada tahun 2019 dengan nilai 6.5 juta pound setahun.

Namun dengan penyambungan semula kontrak dianggarkan berjumlah lebih daripada 8 juta pound setahun.

Bagaimana pun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding lebih daripada 15 juta pound yang dipercayai Manchester United dan Manchester City membayar Jose Mourinho dan Pep Guardiola.

Conte menandatangi kontrak selama tiga tahun ketika mengambil alih kelab musim lalu seterusnya tidak mengambil tempoh lama untuk berada dalam kedudukan juara.

Dalam pada itu, sentuhan magis Conte  turut menarik minat kelab Inter Milan yang bersedia untuk membuat tawaran, namun Chelsea tidak menganggapnya sebagai isu besar.

Malah Conte telah memberi isyarat tersendiri bahawa dia selesa berada England apabila isteri Elisabetta Muscarello serta anaknya Vittoria  bakal tinggal bersama-sama di situ.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain