suria

Liga Juara-Juara: Camp Nou Gemuruh, Barca Catat Kemenangan Dramatis 6-1

Pemain Barcelona meraikan kemenangan mereka apabila berjaya mengalahkan PSG 6-1, awal pagi Khamis. -fotoREUTERS
BARCELONA mencatat sejarah sebagai kelab Liga Juara-Juara pertama yang mampu mengatasi defisit empat gol dan mara ke babak berikutnya.

Barca menang 6-1 ke atas Paris Saint-Germain dalam perlawanan kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou, awal pagi Khamis.

Barcelona menang penuh dramatik dengan agregat 6-5 ke atas PSG.

Keputusan itu turut mencatat rekod baharu di Liga Juara-Juara kerana sepanjang sejarah liga, inilah kelab yang mampu mara walaupun ketinggalan empat gol dalam perlawanan pertama.

Barca kalah 0-4 kepada PSG di Paris, Februari lalu, sekali gus kemampuan dan peluang kelab itu diragui banyak pihak.

Kemenangan ini dikatakan dramatis kerana PSG sempat meledakkan gol menerusi pemainnya Edinson Cavani, sekali gus menyamakan kedudukan dari segi agregat.

Sergi Roberto menjadi wira apabila gol kemenangan Barca diperolehi pada minit terakhir masa kecederaan.

Sejurus meledakkan gol itu, seluruh Camp Nou bergemuruh meraikan kemenangan dan Barca mara ke suku akhir bersama Real Madrid, Borussia Dortmund dan Bayern Munchen.

Turut menyumbangkan gol adalah Luis Suarez, Lionel Messi, Neymar (dua gol) dan gol bunuh diri Layvin Kurzawa.
Liga JUara-Juara, suku akhir, Barca

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain