suria

Man City Gagal Manfaat Peluang Di Kandang Sendiri

-fotoAFP
MANCHESTER City gagal memanfaatkan peluang untuk naik ke posisi kedua carta Liga Perdana Inggeris setelah mencatakan keputusan seri 0-0 ketika menentang Stoke City di Stadium Etihad, awal pagi Khamis.

Tamatnya perlawanan ini, City kekal di tempat ketiga di belakang Tottenham Hotspurs dengan mata yang sama, 56.

Walaupun City mengambil inisiatif untuk mengasak Stoke City sejak awal perlawanan tetapi pasukan lawan terlebih dahulu mendapat peluang melalui usaha Mame Biram Diouf pada minit keenam.

Pada minit ke-27, perlawanan dihentikan seketika apabila Diouf memerlukan rawatan akibat berlanggar dengan Leroy Sane.

Berakhirnya separuh masa pertama, kedudukan kekal 0-0 dan City dilihat sukar untuk menembusi pertahanan Stoke City yang menunjukkan pertahanan kemas.

Memasuki babak kedua, Manchester City nampak kecewa dengan pertahanan ketat yang terus dilakukan Stoke City.

Usaha Pep Guardiola untuk meningkatkan serangan City dengan memasukkan David Silva dan Kelechi Iheanacho tidak membuahkan hasil.

Sehingga wisel penamat ditiup, kedudukan kekal 0-0.

Keputusan ini membuatkan City hanya mampu meraih satu mata dan tertinggal sepuluh mata dari Chelsea di puncak liga.

Stoke berada di posisi kesembilan dengan 36 mata.

keputusan EPL

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain