suria

Kedah Fokus Tiga Mata Penuh

Tan Cheng Hoe
"LUPAKAN yang lalu dan tiga mata penuh perlu menjadi keutamaan barisan pemain Kedah ketika bertemu Melaka United di Stadium Darul Aman malam ini," tegas Ketua Jurulatih skuad hijau kuning, Tan Cheng Hoe dalam misi kembali ke persada Liga Super.

Menurutnya, pemain belajar daripada kesilapan lalu dan kembali memberi sepenuh perhatian sepanjang perlawanan menentang Melaka United yang dibarisi pemain bertaraf bintang.
 
"Malam ini peluang terbaik pemain Kedah untuk merampas kembali persada liga, apa yang perlu di lakaukan ialah meraih mata tiga mata.
 
"Lawan kita selaku juara Liga Premier musim lalu memiliki kemampuan untuk mengecewakan kita, kesemua pemain yang beraksi perlu bermain dengan penuh kesungguhan serta kemahuan untuk mengatasi pelawat.
 
"Baddrol Bakhtiar dan Fakhri Saarani sudah pulih daripada kecederaan dan saya terpaksa mengetepikan Rizal Ghazali yang tidak boleh beraksi kerana menerima tiga kad kuning sebelum ini,” katanya kepada mStar Online.
 
Cheng Hoe menambah, beliau hanya akan menentukan pemain yang bakal mengambil tempat Rizal petang ini dan yakin siapa sahaja yang mengantikannya mampu mengalas tugasnya dengan baik dan cemerlang bagi mengekalkan rentak permainan Kedah.
 
Sementara itu setia usaha Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Aminudin Omat berkta, mereka sudah menghantar surat bantahan secara rasmi berhubunf gol kontroversi ketika menentang Selangor walaupun terpaksa menghadapi risiko kerana Kedah mempunyai 15 perlawanan liga yang perlu dilalui.
 
“Kita membuat bantahan bukan mahu mencari kemenangan tetapi ingin memastikan kesilapan yang berlaku tidak akan berulang lagi kerana tanpa bantahan kesilapan yang berlaku itu berkubur begitu sahaja.
 
“Saya memang puas hati dengan prestasi barisan pemain Kedah dan kita mampu merampas kembali kedudukan teratas Liga Super dengan mengatasi Melaka United malam ini dan beraksi di hadapan 30,000 peminat setia pasukan Kedah sudah pasti akan menambahkan  semangat juang kesemua pemain.
 
“Saya yakin dengan corak permainan yang dipamerkan pemain Kedah pada tujuh perlawanan lalu, kita mampu meraih mata penuh malam ini kerana dalam pasukan Kedah tidak ada bintang hanya kesungguhan dan kemahuan tinggi akan memenangi setiap perlawanan dilalui dan inilah sifat yang berada dalam hati kesemua pemain Kedah,” kata Aminudin.
Liga Super, Tan Cheng Hoe

Artikel Lain