suria

Dua Pemain Selamatkan Torres Daripada Kecederaan Ngeri - Doktor

-fotoAP
PASUKAN doktor Deportivo La Coruna memuji tindakan pantas dua pemain Atletico Madrid, Gabi dan Sime Vrsaljko yang  memberikan pertolongan cemas kepada Fernando Torres apabila pemain itu tidak sedarkan diri selepas mengalami kecederaan kepala.

Salah seorang doktor, Carlos Larino berkata bantuan awal oleh Gabi dan Vrsaljko sangat tepat dan sempurna.

Menurut Larino, pertolongan oleh dua pemain tersebut berjaya mengelakkan Torres daripada berdepan risiko yang mengerikan.

Gabi dan Vrsaljko mengambil tindakan pantas dengan membuka mulut Torres, membetulkan posisi lidahnya agar tidak tertelan atau tergigit, selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri sebelum diberikan bantuan oleh pasukan medik dan dihantar ke hospital.

Torres berlanggar dengan pemain Depor Alex Bergantinos ketika kedua-duanya cuba menanduk bola pada minit ke-85 dalam perlawanan di Riazor, awal pagi Jumaat.


"Mereka telah melakukan tindakan sepatutnya yang harus dilakukan. Malah tangan Gabi sempat digigit oleh Torres ketika dia memberikan pertolongan. Tindakan mereka sangat cepat dan sempurnya," kata Larino memetik Soccerway.


Torres sudah dibenarkan pulang dari hospital setelah menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI), dan imbasan pada tengkorak kepala dan otaknya.

Dia dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius namun perlu dipantau dalam tempoh 48 jam.
cedera kepala, Fernando Torres

Artikel Sebelum

Artikel Lain