suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozil Tak Bersama Arsenal Kerana Selesema

Mesut Ozil. -fotoREUTERS
MESUT Ozil tidak akan bersama dengan skuad Arsenal menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield, awal pagi Ahad.

Ozil dilaporkan terkena selesema dan telah dihantar pulang dari latihan pada Rabu gara-gara penyakit ini.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah mencadangkan bahawa keadaan pemain dari Jerman ini 'sepatutnya OK' untuk perlawanan ini.


Namun pemain berusia 28 tahun itu masih belum pulih dalam tempoh masa yang dijangkakan untuk berkunjung ke Merseyside.

The Gunners pada perlawanan Ahad ini hanya satu mata di atas tuan rumah, berbaki satu perlawanan dan mahu membalas dendam di atas kekalahan 4-3 mereka apabila dua pasukan bertemu di Emirates pada Ogos lalu.

Mesut Ozil, selesema

Artikel Berikut

Artikel Lain