suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MU Pancing Badrulzaman Mantapkan Gawang Gol?

Badrulzaman menjalani ujian bersama Melaka United. - Ihsan Melaka United Soccer Association

MELAKA: Pendatang baharu Liga Super, Melaka United (MU) dilapor memancing penjaga gol veteran, Badrulzaman Abd. Halim untuk memperbaiki kelemahan di posisi tersebut.

Badrulzaman yang merupakan bekas penjaga gol Kuala Lumpur FA pada musim lepas dikatakan layak mengisi posisi tersebut kerana memiliki pengalaman yang luas selain rekod cemerlang sepanjang kariernya.

Menurut laman Facebook, Melaka United Fans, pemain berusia 39 tahun itu sedang menjalani ujian bersama MU dan berkemungkinan diturunkan pada aksi menentang Selangor pada Jumaat ini sekiranya skuad Sang Kancil mengikat kontrak pemain tersebut.

"MU mempunyai masa untuk mencari penjaga gol baharu ekoran perlawanan menentang Kelantan pada Sabtu lalu ditunda akibat hujan lebat.

"Kesempatan ini digunakan sebaiknya oleh MU untuk memantapkan pasukan selepas penyokong kurang berpuas hati dengan prestasi hambar penjaga gol sebelum ini dalam aksi persahabatan," jelas kenyataan tersebut.

MU bersaing di Liga Super selepas menjuarai Liga Perdana pada musim lalu dan diramal menjadi pesaing kuat untuk memburu kejuaraan liga terulung negara ini.

Artikel Lain