suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Lucic-Baroni Mara Bergaya, Benam Pliskova

MIRJANA Lucic-Baroni meneruskan rentak cemerlang pada Terbuka Australia apabila melangkah ke pusingan separuh akhir pertama di Melbourne Park selepas menundukkan pemain pilihan kelima, Karolina Pliskova pagi Rabu.

Pemain berusia 34 tahun itu menang dengan 6-4 3-6 6-4.

Lucic-Baroni akan bertemu sama ada Johanna Konta atau pemain pilihan kedua, Serena Williams yang beraksi di suku akhir untuk merebut slot ke separuh akhir.

Perlawanan itu menyaksikan beberapa perubahan momentum antara kedua-dua pemain dengan Lucic-Baroni berdepan sedikit masalah apabila melakukan pukulan servis ketika beraksi dalam cuaca panas terik.

Pemain Croatia itu ketinggalan 4-3 pada set ketiga sebelum bangkit memenangi tiga perlawanan seterusnya untuk melangkah ke kelompok empat terakhir.
Terbuka Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain