suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Xhaka Disoal Siasat Didakwa 'Serang' Berbaur Perkauman

Granit Xhaka. Foto Reuters

PEMAIN tengah Arsenal, Granit Xhaka disoal siasat oleh polis berhubung dakwaan 'menyerang' berbaur perkauman terhadap seorang kakitangan di Lapangan Terbang Heathrow di London.

Insiden itu dipercayai berlaku pada Isnin malam sewaktu rakannya tidak dibenarkan masuk menaiki penerbangan.

Media The Independent melaporkan saksi melihat pemain berusia 24 tahun itu 'menyerang' berbaur perkauman terhadap kakitangan daftar masuk British Airways.

Pegawai keselamatan lapangan terbang dan polis kemudiannya datang ke tempat kejadian.

Difahamkan Xhaka berada di Terminal 5 Heathrow bagi menghantar rakannya dan rakan pemain bola sepak, Leonard Lekaj.

Lekaj yang merupakan abang kepada tunang Xhaka, Leonita Lekaj dikatakan lewat untuk menaiki penerbangan pulang ke Jerman menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk, sebelum insiden 'serangan' berlaku.

Xhaka kemudiannya dibawa ke balai polis di barat London untuk disoal siasat. - Mail Online


Arsenal, Granit Xhaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain