suria

Man United Wujudkan 300 Kerusi Penyokong OKU

Stadium Old Trafford. Foto AFP

MANCHESTER United akan menggunakan tempat duduk bagi 2,600 pemegang tiket bermusim untuk 300 tempat baharu bagi kegunaan penyokong kurang upaya.

Kelab itu pada pagi Isnin mengesahkan mengenai rancangan itu yang akan menyaksikan ia mematuhi panduan 'Accessible Stadia' atau garis panduan untuk sesebuah stadium.

Menurut Manchester United, kerja-kerja projek berkenaan akan diselesaikan menjelang permulaan musim akan datang.

Jelas kelab itu, pemegang tiket bermusim di kawasan terbabit akan dipindahkan dalam tempoh tiga tahun bagi memastikan proses berjalan lancar.

Kira-kira 800 penyokong akan dipindahkan setiap musim.

Kawasan baharu itu nanti akan melibatkan platform bagi kegunaan penyokong yang memakai kerusi roda, ruang tempat duduk yang boleh diperluaskan dan selesa, bagi memastikan ia mesra pengguna.

Stadium di Old Trafford mempunyai kapasiti sebanyak 76,000 tempat duduk. Dengan 55,000 pemegang tiket bermusim, Manchester United dapat untuk memperuntukkan kerusi baharu. - Mail online

Artikel Berikut

Keputusan Liga Divisyen Satu

Artikel Lain