suria

"Kami Mahu Menang" - Shane Smeltz

Shane Smeltz.

“MALAM ini saya dan rakan sepasukan akan membuktikan kemampuan sebenar kami dengan mengatasi cabaran Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darulaman setelah hanya mampu seri pada pertemuan suku akhir pertama di Paroi,” demikian kata penyerang utama pasukan Kedah, Shane Smeltz.

Menurutnya, ketika bertemu Negeri Sembilan sebelum ini Kedah tidak mampu mengatasi lawan kerana segalanya tidak menjadi di hadapan pintu gol lawan dan berikutan itu mereka akan membuktikan keupayaan sebenar.

“Berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan Sabtu lalu ketika bertemu Perak pada Liga Super sudah pasti menambahkan keyakinan diri saya untuk merobek gawang lawan malam ini dan saya yakin saya mampu mengulanginya ketika bertemu Negeri Sembilan.

“Beraksi di Stadium Darulaman dengan sokongan lebih 30,000 peminat setia pasukan memang sesuatu yang luar biasa kerana pemain yang ke-12 Kedah adalah peminat setia kami sendiri yang akan membantu kesemua pemain memberikan yang terbaik.

“Kami tidak mahu menghampakan harapan ribuan peminat setia pasukan serta pengurusan pasukan yang mengharapkan kami melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir dan inilah yang kami akan lakukan demi memuaskan hati mereka,” kata Smeltz kepada mStar Online.

Tambahnya, kesemua pemain utama kini berada dalam keadaan terbaik untuk beraksi dan kini terserah pada Ketua Jurulatih Tan Chneg Hoe untuk memilih sebelas pemain terbaik bagi mencapai matlamat menewaskan Negeri Sembilan.

“Walaupun di atas kertas kami menjadi pasukan pilihan untuk menewaskan lawan tetapi di atas padang kesemua rakan sepasukan yang beraksi tidak boleh leka dan terlalu yakin.

“Saya difahamkan lawan kita malam mini mampu membariskan tiga pemain import mereka berbanding pada perlawanan pertama  dan keadaan ini perlu 'membuka mata' barisan pemain Kedah untuk berusaha habis-habisan demi mendapatkan kemenangan.

“Saya yakin kombinasi Thiago Augusto Fernandes, Badddrol Bakhtiar dan saya sendri mampu merobek gawang lawan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita bukan setakat layak ke perlawanan separuh akhir malah kami mahu memenangi Piala Malaysia musim ini setelah Kedah kecewa pada perlawanan akhir musim lalu kepada Selangor,” jelasnya.

Pemain berpengalaman dalam aksi Piala Dunia itu memberitahu, dia akan menggunakan sebaiknya pengalaman yang ada dalam membentuk serangan serta peluang gol.

Menurutnya, pemain mana yang akan menjaringkan gol tidak menjadi keutamaan namun kemenangan Kedah adalah matlamat utama Kedah.

"Apa yang penting adalah kami mahu menang dalam perlawanan ini. Masa yang ada hanya 90 minit untuk mendapatkan jaringan jika masa tidak ditambah.

"Kami akan gunakan tempoh tersebut untuk mendapatkan gol dan bertahan daripada lawan membolosi gawang Kedah," ujarnya.

Shane Smeltz, Kedah

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain