Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool - Sukan | mStar

Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool

PASUKAN kendalian Jurgen Klopp mencatatkan kemenangan kedua di Stamford Bridge selepas menundukkan Chelsea 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool menduduki tangga keempat carta EPL.

Liverpool mendahului seawal minit ke-17 menerusi jaringan Dejan Lovren dari jarak dekat.

Kapten  Jordan Henderson menggandakan jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan kencang yang menerjah gawang tuan rumah.

Chelsea yang diperkuat David Luis sejak kembali dari Paris St Germain bagi menggantikan John Terry yang dilanda kecederaan, bangkit menerusi gol Diego Costa pada minit ke-61.

Ketiadaan Terry ternyata menjejaskan benteng pertahanan Chelsea sepanjang perlawanan itu.

"Kami melepaskan gol dengan cara yang agak pelik. Mereka mengambil sepakan percuma untuk gol pertama dan ia adalah rembatan yang hebat dari jarak jauh untuk gol kedua.

"Apabila anda mahu berfikir seperti sebuah pasukan hebat, anda perlu memberikan sepenuh perhatian pada setiap masa," kata Pengurus Chelsea, Antonio Conte.

Sementara itu, Klopp berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya.

"Ia kemenangan yang amat memuaskan hati. Dari saat pertama kami mempamerkan gerakan yang menakjubkan. Kami bergerak dengan pantas. Kami layak mendahului pada babak pertama," kata Klopp.



Liverpool , Chelsea , EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Tewas 0-3 Kepada Oman

Artikel Berkaitan

Abramovich Pamer Koleksi Kereta Mewah

Artikel Lain