suria

Krishna Kumar Perbaiki Catatan Peribadi

Krishna Kumar Haridas.

KUALA LUMPUR: Atlet elit olahraga paralimpik negara, Krishna Kumar Haridas hanya mampu memperbaiki catatan masa peribadinya dalam acara 400m T38 (cerebral palsy) di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro,  Brazil, Jumaat.

Berdasarkan kepada catatan masa yang dilakukan oleh Krishna Kumar iaitu 59.07s pada saringan pertama acara itu di Stadium Olimpik, secara langsung memperbaiki catatan terbaik tahun ini iaitu 59.34s.

Atlet berusia 29 tahun dari Alor Gajah, Melaka itu menamatkan saringan pertama itu di tempat keempat dan secara keseluruhan di tempat kesembilan.

Bagaimanapun,  catatan masa itu tidak dapat mengatasi catatan terbaik peribadi iaitu 57.06s yang dilakukan di temasya Sukan Para ASEAN di Singapura, tahun repas.

Mengikut peraturan kejohanan, tiga pelumba terbaik daripada setiap saringan layak ke peringkat akhir termasuk dua pelumba yang mencatat masa terbaik daripada kedua-dua saringan.

Acara 400m T38 itu adalah yang terakhir melibatkan atlet Malaysia dalam edisi ke-15 Sukan Paralimpik itu.

Malaysia menamatkan saingan olahraga dengan tiga pingat emas dan satu gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Malaysia Tewas 0-3 Kepada Oman

Artikel Berikut

Artikel Lain