suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simeone Sahkan Kontrak Bersama Atletico Madrid Dipendekkan

Diego Simeone.

PENGURUS Atletico Madrid, Diego Simeone mengesahkan kontraknya bersama kelab La Liga itu dipendekkan kepada dua tahun pada musim panas lalu.

Namun, beliau menegaskan tiada berlaku sebarang perubahan.

Perkara itu didedahkan pada minggu ini selepas rundingan berikutan kegagalan Atletico menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Difahamkan turut Simeone bersetuju dengan keputusan kepimpinan Atletico bahawa kontraknya kini akan berakhir pada Jun 2018.

"Memang benar ia berlaku tetapi tiada sebarang perubahan. Kami okay, saya gembira berada di sini.

"Perkara ini tidak mengubah segalanya dan saya hanya mahu lihat setiap pemain memberikan sepenuh hati kepada saya.

"Dalam tempoh dua tahun itu kami masih boleh memperbaharui perjanjian ini, jika mereka tidak mahu menyingkirkan saya," kata Simeone.

Pada masa sama, Simeone turut dikaitkan dengan beberapa kelab terkemuka dunia baru-baru ini seperti Paris Saint Germain, Arsenal dan Chelsea.

Diego Simeone, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Lain