suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester City Guna Bawang Putih Jaga Kualiti Padang

MANCHESTER: Pihak pengurusan Manchester City menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kualiti padang di Stadium Etihad apabila menyembur cecair bawang putih bagi mengatasi masalah parasit.

Staf penyelenggaraan padang dilihat menyembur cecair berkenaan selepas perlawanan Liga Juara-Juara pada Rabu lalu yang menyaksikan anak buah Pep Guardiola membelasah kelab Jerman, Borussia Monchengladbach dengan keputusan 4-0.

Kaedah tersebut ternyata mencetuskan bau busuk di dalam dan luar stadium, tetapi merupakan cara terbaik bagi menjaga kualiti padang di Stadium Etihad yang berisiko tinggi dirosakkan parasit.

Malah Manchester City dilaporkan meniru cara musuh setempat, Manchester United yang menggunakan teknik sama untuk mengatasi masalah cacing di padang Old Traforrd pada tahun lalu.

Beberapa padang latihan milik Manchester City yang terletak di Akademi Bola Sepak City, turut disembur dengan cecair bawang putih.


Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Chelsea Tewas Di Tangan Liverpool

Artikel Lain