suria

Piala Davis: Del Potro Atasi Murray Dalam Aksi Lima Set

JUAN Martin del Potro menundukkan Andy Murray 6-4 5-7 6-7 6-3 6-4, membolehkan Argentina mendahului Great Britain dengan 1-0 pada aksi separuh akhir Piala Davis di Glasgow.

Kedua-duanya pernah bertemu sesama sendiri buat kali terakhir di final Sukan Olimpik dalam perlawanan lima set.

Perlawanan separuh akhir itu berlangsung lebih lima jam.

"Saya menang tetapi saya masih ingat aksi final Olimpik. Ini amat penting kepada saya dan pasukan. Kami berusaha untuk mara ke final Piala Davis.

"Menentang Andy anda tidak akan tahu bila perlawanan itu akan tamat. Dia pemain yang berbahaya, seorang pejuang dan juara yang hebat. Akhirnya saya bermain dengan pukulan yang baik dan itulah rahsia kejayaan ini.

"Saya amat gembira dapat bermain semula selepas menjalani tiga pembedahan. Pengalaman ini tidak akan pernah saya lupakan," katanya.

Dalam satu lagi perlawanan berasingan, rakan senegara Del Potro, Guido Pella turut menamatkan cabaran dengan penuh bergaya apabila mengatasi Kyle Edmund 6-7 6-4 6-3 6-2.

Kemenangan itu meletakkan Argentina mendahului Britain dengan 2-0.

"Saya amat gembira memberikan mata kedua kepada Argentina selepas kejayaan Juan Martin. Saya berjuang untuk mengutip setiap mata," katanya.




Artikel Sebelum

"Kami Mahu Menang" - Shane Smeltz

Artikel Berikut

Artikel Lain