suria

Pertembungan United-City, Siapa Lebih Hebat?

PERTEMBUNGAN paling dinanti-nanti antara Manchester United dan seteru jiran, Manchester City akan berlangsung di Old Trafford kira-kira pukul 7.30 malam Sabtu.

Ia bukan sahaja mempertemukan kedua-dua kelab berpengaruh di dunia ini tetapi ujian bagi dua pengurus paling berjaya dalam era bola sepak moden.

Selepas bercakap dengan pemain dan kakitangannya pada Khamis, Jose Mourinho menangguhkan rancangan untuk mengadakan sesi latihan berganda.

Pemain United pulang ke kediaman masing-masing selepas latihan lewat pagi tetapi tiada sesiapapun yang mengadu mengenainya.

Di atas kertas, United menjadi pasukan pilihan untuk menang berdasarkan beberapa kejayaan yang berjaya dilakar pasukan dibawah kendalian Mourinho.

Malah apa yang menyebabkan Mourinho semakin dihormati di Old Trafford adalah sikapnya yang merendah diri semasa siri jelajah pra musim United di China, Julai lalu.

Beliau membuat keputusan untuk meninggalkan tempat duduk kelas perniagaan kerana kakitangannya duduk di kelas ekonomi.

Pengurus berusia 53 tahun itu kemudiannya ditemui tertidur di atas lantai pesawat Airbus A300.

Mourinho berjaya memenangi hati pemain dan kakitangan pengurusan United.




Tindakannya itu menunjukkan beliau juga salah seorang daripada mereka, dan yang pasti tindakan itu berjaya.

Membina hubungan yang akrab dengan pemain kejayaan penting bagi Mourinho semasa berada di Porto, Chelsea dan Inter Milan tetapi beliau berusaha keras untuk menyemai semangat sama di United.

Semasa Van Gaal dan kakitangan kejurulatihannya menukar pakaian di bilik persalinan berlainan di Old Trafford, berbeza pula dengan Mourinho.

Belau kembali ke bilik persalinan utama untuk bersama dengan pemainnya.

Bukan itu sahaja, sistem kamera yang dipasang Van Gaal di Harrington untuk memantau sesi latinan pemain sudah tidak lagi digunakan.

Sementara itu, Guardiola pula memilih untuk tinggal bersama isterinya, Cristina Serra yang juru pereka fesyen bersama tiga anak mereka berbanding menyertai pasukannya di Cheshire.

Dan beliau melakukan beberapa perubahan besar di Stadium Etihad apabila memilih untuk mengenepikan Joe Hart, Samir Nasri, Wilfried Bony dan Eliaquim Mangala.

Lebih memeranjatkan, Guardiola bukan sahaja menghafal nama semua pemain dan juga nama panggilan mereka.

Kebanyakan pemain City memanggil Guaridola dengan nama pertamanya, Pep.




Sama seperti Mourinho, Guardiola mengejutkan penyambut tetamu City  dengan hadir pada sambutan hari ulang tahun kelahirannya.

Malah beliau turut mengarahkan orang lain di sebuah bar di pusat bandar untuk menyanyi lagu ulang tahun kelahiran bagi wanita tersebut.

Sebelum ini, City berlatih di Etihad menjelang pertembungan di gelanggang sendiri semasa di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

Mereka juga akan bermalam di sebuah hotel yang dibina berhampiran padang latihan City.

Berbeza dengan Guardiola, beliau lebih gemar pemainnya berlatih di sebelah pagi sebelum perlawanan tetapi pemain tidak perlu berada di dalam stadium terlalu kerap.

Beliau membenarkan pemainnya untuk pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka sebelum perlawanan, salah satu terapi yang membantu mereka menenangkan fikiran menjelang perlawanan penting.


Guardiola tétap dengan rancangannya membawa pakar pemakanan dan menyedari perubahan perlu dilakukan di bahagian perubatan.

Beliau membawa masuk Dr Eduardo Mauri yang sebelum ini berpangkalan di klinik Barcelona yang pernah memantau kesihatan kapten City, Vincent Kompany pada masa lalu.

Tidak semua menggemari perubahan yang dilakukan Guardiola lebih-lebih pemain yang disisihkannya.

City menduduki tangga teratas liga manakala United di tempat ketiga. 

Kedua-dua pasukan itu berkongsi sembilan mata selepas memenangi semua tiga perlawanan awal tetapi hanya dibezakan dari segi jumlah jaringan gol.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain