suria

AC Milan Buru Harry Kane

AC MILAN dilapor ingin mendapatkan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane pada jendela pemindahan pemain akan datang.

Kelab gergasi Itali yang telah dijual kepada konsortium China itu dikatakan telah memulakan usaha awal memancing pemain England itu.

Kane bukan sahaja menjadi perhatian selepas menonjol dalam saingan Liga Perdana Inggeris tetapi turut memenangi anugerah Kasut Emas bagi musim lalu.

Kane dijangka dijual pada harga £75 juta dan tempatnya akan digantikan dengan Romelu Lukaku.

Bagaimanapun Daily Mirror melaporkan, Tottenham menegaskan untuk tidak menjual Kane.

Usaha kelab Itali untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun semakin meningkat apabila Diego Maradona mencadangkan Napoli berbuat demikian.

Legenda Argentina itu turut meminta Napoli menjual Gonzalo Higuain untuk mendapatkan Kane.

AC Milan, Itali

Artikel Sebelum

Flamini Sertai Crystal Palace

Artikel Berikut

Artikel Lain