suria

Terbuka AS: Serena Tewas Mengejut Di Tangan Pliskova

SELEPAS Andy Murray disingkirkan Kei Nishikori pada aksi suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, kini giliran pemain No.1 dunia Serena Williams mengalami nasib sama.

Serena tewas 6-2 7-6 (7-5) kepada Karolina Pliskova dari Republik Czech pada aksi separuh akhir, pagi Jumaat.

Pliskova yang juga pemain pilihan ke-10 kejohanan, meranapkan impian Serena untuk melakar kejayaan kali ke-23 bagi mengatasi record Steffi Graf dalam Era Terbuka yang kini dikongsi bersama legenda tenis itu.

Serena dan Graf kini berkongsi 22 kejuaraan Grand Slam.

Ia merupakan tahun kedua-dua berturut-turut Serena tewas dalam aksi separuh akhir di Flushing Meadows.

Pada tahun lalu, Serena tewas mengejut di tangan Roberta Vinci pada aksi penentuan ke final itu.

Pliskova, pemain tenis wanita Republik Czech pertama yang mara ke separuh akhir di Flushing Meadows sejak 1998 mempamerkan aksi luar biasa dan berjaya menangani perasaan gemuruh ketika berdepan juara bertahan tiga kali itu.

Dia turut menundukkan kakak Serena, Venus Williams pada kelompok 16 terbaik.

Artikel Sebelum

AC Milan Buru Harry Kane

Artikel Berikut

Artikel Lain