suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Flamini Sertai Crystal Palace

MATHIEU Flamini menyertai Crystal Palace secara perpindahan percuma, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Flamini, 32, yang kini bebas ejen dilepaskan Arsenal pada hujung musim lalu.

Dia bagaimanapun menandatangani kontrak selama setahun dengan Palace di luar proses jendela perpindahan pemain.

“Saya fikir amat penting untuk mendapatkan pemain tengah baharu. Dia (Flamini) mempunyai keupayaan membantu kami tetapi dia turut mempunyai kualiti sebagai ketua selain berkebolehan dalam melakukan hantaran.

“Saya amat gembira kerana berjaya memuktamadkan perpindahannya,” kata Pengurus Palace, Alan Pardew.

Flamini memulakan kariernya bersama Marseille dan membuat 200 penampilan bersama Arsenal dan pernah menjulang trofi Serie A bersama AC Milan pada 2011.

“Crystal Palace merupakan sebuah kelab yang bercita-cita tingi dengan memiliki pemain hebat. Saya tidak sabar beraksi bersama pasukan. Ia satu cabaran untuk saya dan saya seronok berada di sini,” kata Flamini.

Bekas pemain Arsenal itu akan menyarung jersi No.4.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AC Milan Buru Harry Kane

Artikel Lain