suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KBS Salur Sumbangan Kepada 30 Bekas Atlet Negara

PUTRAJAYA: Seramai 30 bekas atlet negara menerima sumbangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebanyak RM200 setiap seorang, Khamis.

Antara penerima sumbangan itu adalah bekas atlet Olimpik berbasikal pada 1976, Yahya Ahmad, Azlinda Ahmad (silat), Ishak Alwi (berbasikal), Rameli Manap (angkat berat), Mohamed Kassim Abu Bakar (sepak takraw) dan Fadhullah Lim Abdullah (ragbi).

Menterinya, Khairy Jamaluddin menyampaikan sumbangan tersebut pada majlis berbuka puasa di perkarangan Menara KBS di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isterinya, Nori Tun Abdullah dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Datuk Malek Noor.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain