suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecederaan Lutut, Azarenka Tarik Diri Aksi Wimbledon

VICTORIA Azarenka menarik diri daripada aksi Wimbledon berikutan kecederaan di bahagian lututnya.

Azarenka yang diletak sebagai pemain pilihan keenam kejohanan yang bakal berlangsung 27 Jun hingga 10 Julai ini  terpaksa menarik diri lebih awal kerana tidak mahu berdepan dengan risiko yang lebih serius.

Sebelum ini, bekas pemain No. 1 dunia itu turut berdepan dengan kecederaan yang memaksanya menarik diri pada pusingan pertama Terbuka Perancis.

Pemain Belarus berusia 26 tahun ini dianggap antara bintang muda yang sangat konsisten sekiranya tidak berdepan dengan kecederaan, apabila dia berjaya merangkul tiga gelaran musim ini termasuk dua kejohanan besar, Indian Wells dan Miami pada Mac lalu.

Sebagai rekod, juara dua kali Terbuka Australia ini pernah mara ke aksi separuh akhir Wimbledon sebanyak dua kali pada tahun 2011 dan 2012.

Victoria Azarenka, Wimbledon

Artikel Lain