suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hayden Raih Gelaran Sulung Kejohanan WSBK Di Sepang

Hayden meraikan kejayaannya selepas menjuarai perlumbaan kedua FIM Superbike World Championship 2016 (WSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang Ahad.
 -fotoBERNAMA

SEPANG: Nicky Hayden daripada Pasukan Honda World Superbike meraih gelaran sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) apabila menjuarai Pusingan Malaysia di Litar Sepang, Ahad.

Pelumba kelahiran Amerika Syarikat itu menguasai Perlumbaan 2 sebanyak 16 pusingan dalam keadaan trek basah dengan catatan 37 minit dan 04.047 saat.

Pelumba Itali, Davide Giugliano daripada pasukan Aruba.it Racing-Ducati, hanya ketinggalan 01.254 saat untuk menduduki tempat kedua, manakala pelumba Great Britain, Jonathan Rea daripada Pasukan Kawasaki Racing di kedudukan ketiga. - BERNAMA

Nicky Hayden, WSBK, Sepang

Artikel Lain