suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Uber: Malaysia Tewas 0-5 Kepada China

Goh Jin Wei gagal menandingi ketangkasan pemain China, Wang Yihan pada kejohanan Piala Uber di Pusat Sukan Kunshan, petang Ahad.

KUNSHAN: Skuad wanita negara gagal menandingi kehebatan China apabila tewas 0-5 dalam saingan pembukaan yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan di sini, petang Ahad.

Perseorangan pertama negara, Tee Jing Yi tewas di tangan juara Olimpik 2012, Li Xuerui 13-21, 11-2.

Beregu utama, Vivian Hoo-Woon Khe Wei kembali memberi tentangan hebat kepada pasangan No.3 dunia, Tang Yuanting-Yu Yang sebelum tewas 11-, 21, 21-14, 18-21.

Sementara itu, juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei turut gagal menyaingi kehebatan pemain No.4 dunia, Wang Yihan apabila tewas 16-21, 14-21.

Beregu kedua negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean juga kecundang di tangan Tian Qing-Zhao Yunlei 15-21, 21-19, 11-21.

Pemain perseorangan ketiga negara, Sonia Cheah yang berehat panjang selama dua tahun kerana menjalani pembedahan susulan kecederaan buku lali turut tewas kepada Sun Yu 9-21, 10-21.

Malaysia akan bertemu Denmark untuk saingan kedua, Selasa ini sebelum berdepan Sepanyol dalam aksi terakhir kumpulan pada Rabu.


Piala Uber, Kunshan

Artikel Lain