suria

Pelari Kenya Kuasai Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara KL 2016

Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd (lima, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan (lima, kanan) bergambar bersama para pemenang 'KL Tower International Towerthon Challenge 2016 selepas penyampaian hadiah kejohanan itu di Menara Kuala Lumpur, Ahad.

KUALA LUMPUR: Pelari Kenya, Mburu John Muiruri dan Susan Jamutai Kosgei masing-masing menungguli kategori terbuka lelaki dan wanita pada Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur 2016, Ahad.

Peserta Kenya menyapu bersih tiga tempat teratas dalam kategori terbuka lelaki dengan Mburu berjaya mengalahkan juara bertahan, Enock Kipchirchir Kigen dengan catatan masa 14 minit 10.58 saat.

Enock pula mendapat tempat kedua dengan catatan masa 14:12.36s diikuti Julius Mbugia di tempat ketiga dengan masa 14:27.19s.

"Ini adalah saat paling gembira kerana memenangi edisi 2016. Biarpun, saya mengalami sakit otot yang teruk tetapi ia berbaloi," kata Mburu.

Dalam kategori terbuka wanita, Susan, bekas juara edisi 2013, menamatkan larian sejauh 800m serta mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur dengan masa 15 minit 37.17 saat.

Rakan senegara, Cheptoeck Careen, menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan masa 16:59.19s manakala peserta New Zealand, Danielle Nant menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 18:08.59s.

"Saya sangat gembira kerana menang dalam kedua-dua percubaan di sini. Ia bukan sukar kerana hanya perlu semangat untuk mengalahkan peserta lain.

"Jika saya ada peluang, saya pasti ingin kembali semula tahun depan serta memperbaiki catatan masa saya," kata Susan kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Juara bagi kedua-dua katgeori itu masing-masing menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala pusingan, sijil, pingat dan keahlian selama sebulan untuk mengikuti latihan gimnasium di Celebrity Fitness.

Sementara itu, Anas Rosli dan bekas atlet wanita negara, Yuan Yu Fang muncul sebagai peserta lelaki dan wanita tempatan terbaik dengan masing-masing mencatatkan masa 14:53.71s dan 16:57.40s.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan sebutir syiling emas.


KEPUTUSAN:

-------------- 

Terbuka Lelaki:
---------------
1. Mburu John Muiruri (KEN) 14 minit 10.58 saat
2. Enock Kipchirchir Kigen (KEN) 14:12.36s
3. Julius Mbugua (KEN) 14:27.19s
Terbuka Wanita:
---------------
1. Susan Jemutai Kosgei (KEN) 15:37.17s
2. Cheptoeck Careen (KEN) 16:59.19s
3. Danielle Nant (NZ) 18:08.59s
Veteran Junior Lelaki:
---------------------
1. Jeffrey Ross (SCO) 14:53.40s
2. Hillary Kipkeny Koech (KEN) 14:54.59s
3. Jacob Kibiwot Kitur (KEN) 15:06.58s  
Veteran Senior Lelaki:
---------------------
1. Khir Salleh (MAS) 16:46.51s
2. Chuah Kean Kok (MAS) 16:48.23s
3. Tan Kok Bing (MAS) 17:05.27s 
Veteran Wanita:
---------------
1. Yuan Yu Fang (MAS) 16:57.40s 
2. Margaret Njuguna (KEN) 18:27.50s
3. Yasukk Hosotani (JPN) 19:25.60s
Junior Lelaki:
-------------
1. Saryu Onishi (JPN) 14:30.97s
2. David Leong (MAS) 15:15.22s
3. Muhammad Asyraf Azman (MAS) 16:08.97s
Junior Wanita:
-------------
1. Nur Shammeza Mohd Shamsul (MAS) 21:22.40s
2. Janice Loh Yin Jin (MAS) 21:51.19s
3. Nurshansyina Zulhisham (MAS) 23:44.23s
Orang Kurang Upaya (OKU)
------------------------
1. Ahmad Rafee Arifin (MAS) 18:01.57s
2. Mohd Sabki Arifin (MAS) 19:54.46s
3. Ahmad Effendi Azaman (MAS) 22:39.94s
-- Bernama


Menara KL, towerthon, Kenya

Artikel Lain