suria

Pasukan JDT Disambut Meriah Di Segamat

Sultan Ibrahim meraikan kepulangan pasukan JDT bersama trofi yang dimenangi di Segamat. - foto ihsan - FB Johor Southern Tigers.

SEGAMAT: Ribuan peminat hadir di tapak pasar tani Taman Yayasan di sini untuk menyambut pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama trofi Piala FA 2016 yang dimenangi pada malam Sabtu.

JDT menundukkan PKNS FC 2-1 pada aksi final di Stadium Shah Alam pada Sabtu sekali gus menamatkan kemarau trofi yang kali terakhir dimenangi pada 1998.

Sebuah pentas dibina di Taman Yayasan di sini pada Ahad untuk meraikan kejayaan pasukan dan lebih bermakna ia merupakan salah satu hentian rombongan kerabat diraja Johor yang diketuai Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai sebahagian daripada ekspedisi tahunan Kembara Mahkota Johor di negeri itu.

Pasukan tersebut yang diketuai kapten Safiq Rahum dan jurulatih Mario Gomez menyerahkan trofi Piala FA kepada Sultan Ibrahim.

Majlis ringkas itu turut disaksikan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kelihatan bersemangat tinggi.

JDT, Piala FA 2016

Artikel Lain