suria

Popov Yakin Kelantan Mampu Capai Sasaran Ditetapkan Kafa

Popov memberikan arahan kepada anak buahnya semasa sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, petang Sabtu. foto ihsan/FB TRWFC

KOTA BARU: Ketua jurulatih baharu Kelantan Emilov Velizar Popov yakin pasukan itu mampu mencapai misi ditetapkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk muncul empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Super dan menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Popov, 40, berkata beliau sedar bakal berdepan risiko membimbing pasukan berkenaan di pertengahan musim, namun optimis mampu melakukan sesuatu bagi mencapai sasaran tersebut.

"Semasa menyaksikan rakaman video, saya berpendapat pasukan ini berpotensi mencapai sasaran itu. Saya melihat Kelantan antara pasukan yang mempunyai pengaruh dalam Liga Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Popov dilantik ketua jurulatih baharu Kelantan berkuat kuasa 12 Mei selepas K. Devan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan berkenaan pada 11 Mei.

Pada Sabtu, pengendali kelahiran Bulgaria itu memulakan sesi latihan pertama bersama pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV. - BERNAMA

Kelantan, Kafa, Emilov Velizar Popov

Artikel Lain