suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Michael Carrick Tolak Tawaran Kelab China

MICHAEL Carrick dilaporkan menolak dua tawaran mewah daripada kelab Liga Super China yang ingin mendapatkan khidmatnya pada akhir musim ini.

Kontrak pemain tengah itu bersama Manchester United akan berakhir pada musim ini dan sehingga kini tiada tawaran baru daripada kelab berkenaan.

Carrick, 34, merupakan nama baharu yang menjadi perhatian kelab bola sepak China selepas mereka mendapatkan bekas pemain tengah Chelsea, Ramires; pemain buruan Liverpool, Alex Teixeira dan bekas bintang Arsenal, Gervinho.

Difahamkan, wakil Carrick telah mendapat kunjungan daripada wakil kelab China yang mahukan khidmat pemain itu baru-bari ini, lapor Mirror.uk.

Bagaimanapun, pemain England itu dikatakan mahu kekal di United sehingga menamatkan karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Manchester United

Artikel Lain