suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ATP Dubai: Sakit Mata Paksa Djokovic Tarik Diri Aksi Suku Akhir

BINTANG tenis No.1 dunia, Novak Djokovic menarik diri ketika aksi suku akhir ATP Dubai gara-gara mengalami masalah mata.

Menurut Djokovic, dia terpaksa menahan kesakitan itu sejak tiba di Dubai sehingga terpaksa menarik diri ketika saingan suku akhir menentang Feliciano Lopez.

Pemain Serbia itu tewas pada set pertama 6-3 sebelum menamatkan perlawanan.

Kali terakhir Djokovic menarik diri daripada perlawanan pada September 2011.

"Saya berdepan dengan masalah ini sejak tiba di Dubai. Bermula dengan jangkitan dan seterusnya timbul alergi.

"Malangnya ia semakin buruk sejak dua hari lalu dan ini kali pertama saya mengalami sakit mata. Ia terlalu sensitif hari ini," jelasnya pada Khamis.

Tambah Djokovic, dia amat kecewa kerana terpaksa menamatkan saingan dengan keadaan sedemikian.

"Saya memohon maaf kepada pengarah kejohanan dan semua yang datang menyaksikan perlawanan ini. Saya terpaksa menarik diri," ujarnya.

Novak Djokovic, ATP Dubai, Sakit Mata

Artikel Berikut

Artikel Lain