suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Haryanto Akui Perlu Belajar Perbaiki Kesilapan Lebih Cepat

PELUMBA rookie Formula Satu (F1) dari Indonesia, Rio Haryanto mengakui dia perlu bertindak pantas dalam memperbaiki kesilapan selepas terlibat dalam kemalangan pertama pada aksi ujian pra musim pada Khamis.

Haryanto mengalami kemalangan di Turn 4 di Litar Catalunya ketika cuba mencari had kelajuan jentera MRT05.

Kereta yang dipandunya berpusing dan menyebabkan kerosakan pada sayap kiri di bahagian belakang sekaligus menyaksikan dia menamatkan saingan dalam tempoh dua jam setengah.

"Saya terlalu memaksa kereta itu untuk mendapatkan tahap maksimum. Kamu lihat hari ini saya membuat kesilapan. 

"Saya perlu belajar daripada kesilapan itu agar tidak melakukan perkara yang sama.

"Tetapi keyakinan saya bersama pasukan dan jurutera pasukan semakin baik.

"Harap apabila berakhirnya ujian pra musim ini, perasaan saya semakin positif.

"Saya juga percaya, hari demi hari banyak lagi perkara yang akan datang selepas ini kerana saya masih baru dengan jentera," jelas pelumba pasukan Manor itu.

Rio Haryanto, Rookie F1

Artikel Sebelum

Artikel Lain