Vida Mahu Annuar Kekal Sebagai Presiden Kafa - Sukan | mStar

Vida Mahu Annuar Kekal Sebagai Presiden Kafa

PETALING JAYA:  Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr Hasmiza Othman meminta Tan Sri Annuar Musa untuk terus mempertahankan jawatannya sebagai presiden badan induk bola sepak negeri itu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, Annuar sepatutnya kekal menerajui Kafa kerana beliau mempunyai pengalaman luas bersama pasukan itu dan lebih mengetahui selok-belok pentadbiran bola sepak.

"Saya amat menghargai cadangan tersebut tapi saya rasakan Tan Sri (Annuar) lebih layak untuk jawatan tersebut. Lagipun beliau menerajui Kafa dalam tempoh yang agak lama dan pasukan The Red Warriors (TRW) dan Annuar Musa dah sebati, sesuatu pertukaran yang besar akan memberikan kesan kepada pasukan.

"Pendek kata beliau lebih arif tentang selok-belok pengurusan Kafa, bermula daripada pemilihan skuad utama sehinggalah ke pemain import. Saya percaya khidmatnya masih lagi diperlukan dalam pasukan," katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Menurut Vida, beliau masih belum bersedia dan merasakan masih terlalu awal untuk dirinya menggalas tanggungjawab besar itu.

"Saya rasakan terlalu awal untuk dicalonkan. Saya baharu sahaja menjadi penaja pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) pada musim ini dan pasukan pun baharu sahaja mengharungi dua perlawanan.

"Banyak perkara yang perlu saya pelajari lagi. Lagipun saya mempunyai banyak komitmen lain, saya ada perniagaan yang perlu diuruskan begitu juga sibuk dengan beberapa program hiburan," katanya.

Malah, Vida mengakui beliau lebih selesa memegang jawatan sebagai Penasihat Kehormat Kafa yang disifatkan satu penghormatan besar kepada dirinya.

"Saya hargai cadangan itu tetapi biarlah saya kekal dengan jawatan sedia ada. Walaupun hanya Penasihat Kafa, saya boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan pasukan. Jawatan ini pun satu penghargaan tertinggi kepada diri saya yang masih baharu dalam bidang sukan," katanya.

Terdahulu, mStar Online melaporkan Annuar bersedia melepaskan jawatannya kepada usahawan kosmetik terkemuka itu yang dilihat menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi dalam sukan bola sepak.

"Saya alu-alukan Datuk Vida, malah saya beritahu beliau untuk menggantikan saya sebagai presiden dan saya pula jadi penasihat.

"Dua tiga bulan lagi Kafa kena buat mesyuarat agung dan tempoh saya sebagai Presiden Kafa akan tamat.

"Kalau Datuk Vida sanggup, mengapa tidak? Kalau semua pihak pengurusan sokong, saya fikir beliau adalah salah seorang calon yang sesuai," katanya dalam wawancara eksklusif bersama mStar Online pada Khamis.

Datuk Vida , Kafa , Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klopp Tidak Gembira Prestasi Di Augsburg

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain