suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

F1: Haryanto Dipilih Sebagai Pelumba Kedua Manor Racing

MANOR Racing  mengumumkan penampilan sulung Rio Haryanto dalam aksi Formula Satu (F1) sebagai pemandu kedua musim 2016 bersama Pascal Wehrlein.

Haryanto dari Indonesia pelumba GP2 ketika musim 2015 dijangka menjalani ujian di Barcelona minggu depan.

Pemilik Manor Racing, Stephen Fitzpatrick berkata: "Kami berbangga untuk mengumumkan pelumba kedua pasukan, Rio bagi musim 2016.

"Rio telah berlumba sejak berumur enam tahun dalam aksi kart. Dia mempunyai jiwa besar dan menunjukkan aksi menakjubkan dalam saingan GP2 sebelum ini.

"Kami yakin dan tidak sabar untuk melihatnya berlumba nanti".

Sementara itu Haryanto berkata, Manor Racing mempunyai perancangan serta visi dan cita-cita. 

"Mereka menyediakan pakej yang menarik dan saya tidak sabar untuk berlumba.

"Melbourne bakal menyaksikan saat penting untuk saya, negara saya dan peminat-peminat yang terus menyokong, malah 2016 merupakan peluang untuk melahirkan ganjaran dan takdir yang baik bagi mewakili Asia dalam F1".

Rio Haryanto, Manor Racing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sandro Yakin Dapat Jaringkan Gol

Artikel Lain