suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Pilih Antonio Conte Ganti Guus Hiddink

ANTONIO Conte didakwa sebagai individu pilihan untuk dilantik sebagai jurulatih tetap Chelsea bagi menggantikan Guus Hiddink.

Jurulatih Itali berusia 46 tahun itu dikatakan calon utama selain pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dan jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone.

Bagaimanapun Simeone merupakan calon pilihan penyokong Chelsea untuk membimbing kelab tersebut pada musim depan.

Namun, terdapat laporan mendakwa beberapa wakil Chelsea telah bertemu jurulatih Juventus untuk mendapatkan persetujuan mengenai pelantikan yang akan dibuat pada akhir musim ini.

Conte akan mengetuai Itali dalam saingan Euro di Perancis pada pertengahan tahun ini.


Chelsea, Itali

Artikel Sebelum

Sandro Yakin Dapat Jaringkan Gol

Artikel Berikut

Artikel Lain