Klopp Tidak Gembira Prestasi Di Augsburg - Sukan | mStar

Klopp Tidak Gembira Prestasi Di Augsburg

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp mengakui kurang berpuas hati dengan aksi seri 0-0 di Augsburg dalam saingan pertama 32 pasukan Liga Europa.

Biarpun penyerang The Reds mempunyai peuang keemasan meraih mata pertama pada babak kedua permainan, tetapi sepakannya tersasar.

Keputusan itu ternyata cabaran sukar buat Liverpool menjelang aksi kedua minggu depan, tiga hari sebelum perlawanan akhir Piala Capital One bertemu Manchester City.

"Saya tidak seratus peratus  gembira dengan perlawanan itu,"ujar Klopp.

"Melakukan perkara betul, pada masa betul adalah sangat penting. Kami mendapat beberapa peluang baik pada separuh masa pertama dengan tiga atau empat pergerakan yang menarik.

"Bagi saya masalah yang timbul adalah kualiti. Kami perlu lebih baik tetapi saya perlu bersabar.

"Bukan mudah untuk mencari ayat yang sesuai. Saya boleh katakan keputusan seri 0-0 di gelanggang lawan adalah 'okay' dan kita boleh menang di laman sendiri. Tetapi dalam situasi ini saya lebih berminat dengan prestasi.

"Kamu sendiri lihat ada satu masa kami tersalah menghantar bola, hilang sabar dan silap membuat keputusan," jelasnya.

Jurgen Klopp , Liverpool , Liga Europa

Artikel Sebelum

Vida Mahu Annuar Kekal Sebagai Presiden Kafa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain