suria

Jersi Lengkap Faiz Bakal Dilelong Minggu Depan

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (PFA) mahu melelong set jersi termasuk stokin dan but milik Mohd Faiz Subri  yang dipakai ketika menjaringkan gol unik pada aksi Liga Super Selasa malam.

Sepakan percuma yang dilakukan Faiz menjadi viral di seluruh dunia dengan lencongan bola ke arah gol ketika aksi menang 4-1 ke atas Pahang di Stadium Bandaraya.

“Set lengkap jersi yang dipakai Faiz itu akan dilelongkan di laman rasmi FAP kemungkinan minggu depan,” jelas Bendahari PFA Datuk M Murly.

“Harga permulaan sebanyak RM100,000. Setakat ini maklum balas dari sektor swasta dalam membantu persatuan bola sepak negeri belum memberangsangkan. Kami mahu melihat sejauh mana peminat bola sepak dan sektor swasta di negara ini sanggup tampil memberi sokongan terhadap fenomena gol seperti ini (Faiz) ketika lelongan nanti,”  katanya.

Lelongan itu bertujuan mengumpul dana yang akan digunakan bagi program pembangunan bola sepak bawah 16 tahun dan pencarian bakat muda bola sepak di negeri ini.

“Kami mahu melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat di Pulau Pinang.

“Kami mahu ramai pemain seperti Faiz, yang telah menaikkan nama bola sepak Pulau Pinang dengan jaringan menarik.”

Mohd Faiz Subri, PFA

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Artikel Berikut

Artikel Lain