suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahkamah Persekutuan Brazil Beku Harta Neymar

PERBADANAN Penyiaran British (BBC) melaporkan pada Rabu yang Mahkamah Persekutuan Sao Paulo telah membeku kesemua harta penyerang sensasi Barcelona Neymar di negara itu berkuatkuasa serta merta.

Waran berhubung perintah tersebut telah pun dikeluarkan untuk membeku sekurang-kurangnya harta benda dan aset Neymar bernilai AS$50 juta.

Antaranya termasuklah sebuah kapal layar mewah, jet peribadi dan harta benda lain.

Neymar, 23, yang juga merupakan pemain antarabangsa Brazil berhadapan dengan dakwaan cuba mengelak cukai antara 2011 hingga 2013 dan kini berhadapan dengan prosiding undang-undang.

Pemain ketiga terbaik dunia itu menafikan kesemua dakwaan tersebut.

Pihak pendakwaraya di dalam prosiding mereka berkata, Neymar telah membentuk beberapa buah syarikat atas nama ahli keluarganya untuk menyalurkan wang miliknya sebagai langkah mengelak cukai.

Pihak berkuasa kini turut membekukan harta milik syarikat-syarikat yang didakwa hanya menjadi proksi kepadanya.

Kerajaan menganggarkan Neymar berhutang cukai sebanyak AS$16 juta iaitu jumlah aset-aset yang tidak diisytiharkan.

Pembekuan tersebut hanya akan ditarik balik sekiranya pemain bolasepak itu bersedia melangsaikan hutang-hutangnya.

Brazil, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain